almost dua minggu lah jugak belog-ku-sayang kurang kaseh sayang. alaa..sekali sekala ambil cuti. bukannya takde cerita nak dikongsi tapi kalau lah laptop hamba canggih manggih-sebut saja terus ditaipkan, mesti tiap jam pun akan update. kali ni punya entry random je. hidup maseh diteruskan walaupun laptop tetap tak canggih. malam ni terasa nak upload gambar banyak banyak.orang cakap kalo dah rajin jangan kacau.biar je. dah memang dnie punya habit, gambar dalam camera tak delete selagi tak transfer. elok pulak yang ada dalam memory card tu gambar gambar from final paper onwards. skit sebanyak boleh la tengok apekah aktiviti pembuangan masa yang telah dijalankan.bukannya penting puun.heheh
gambar kasut busuk,cik jambu..hanya mampu berbakti satu sem.dah kopak macam mulut buaya kat depan.teringat kenangan kau dan aku, mula mula jalan bengkak kaki-ketat.lama lama si jambu mula mengembang. bagus.cik jambu memang tak pentingkan diri sendiri.demi tuannya,cik jambu rela berkembang.berjalan dengan cik jambu membuatkan kaki se-le-sa *sebut macam kosass*...tapi bila jalan atas tar,cik jambu selalu tersadung,maka terbentuklah mulut luas macam buaya kat depan. kepada cik jambu: sem depan akan ku ganti dengan yang baru-cik jambu junior.
sesi perbincangan apakah yang patut kita buat selepas tamat final exam.antara cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah:
1- berkareoke sama ada dalam bilik ataupun kotak merah*redbox*..saya cadangkan kotak lah kan sebab kesian nanti nyanyi dalam bilik ak sound-proof bilik tu, bukan ape,takut jiran sbelah bilik lupa habis apa yang dihafalnya.
2- maen game platypus dengan rumet. yang ni sangatlah syaa galakkan. boleh mengeratkan silaturrahim gitu.
3- kuar jejalan,ukur jalan, kira batu tepi jalan. selaku pelajar diladang, lokasi yang paling selamat ialah the lombong. situ banyak batu jalan nak kena kira.
4- tidur. aktiviti paling selamat nak dibuat.alasan-cover balik tidur yang mana tergadai di waktu final.
dah lah.malas dah nak taip.fikir lah sendiri bhai.
fokus pada sunglass tu.everytime i look at it, it makes me wanna laugh.no matter who puts it on.
baru tengok, blum pakai lagi.
dalam melaksanakan misi selepas final.memecahkan gegendang telinga dan tekak.bersama insan tersayang.muka kakak snyum je, muka abe bob masam je.
muka saya? disebalik kamera je.
(--")
ni budak jahat. minggu exam tu la die sealu datang kacau. dah la datang kacau, bawak lari jauh jauh pulak. haih."awak, kalo saya tak dapat result bagus, awak pun tak bagus jugak.jaga jaga"
heh.

haih.
oopsie: rindu nak men masak masak. tunggu la,dapur bakal berasap lepas kem nanti.muahaha*gelak jahat*











