14 January, 2010

biarkan aku berpaling...*entri luah perasaan*

dengan harapan dapat menulis menggunakan perlambangan. tapi saya tahu dengan keadaan fizikal saya sekarang, berfikir tentang sesuatu perkara untuk melambangkan perkara lain adalah mustahil. jadi, biarkan saya berterus terang. kali ini. mungkin menyinggung perasaan mahupun apa jua perasaan orang..tapi persetankan. ini .dan kali ini. saja.

orang lain di awal sem, sibuk mengejar harapan baru, target baru dalam akademik.
saya?
sibuk mengejar deadline dan perfection untuk majlis kolej.

orang lain sibuk bangun pagi bergegas untuk kejar bas semata mata nak dapatkan seat cantek dalam kelas
saya?
sibuk bergegas nak pegi kelas sebab dah lambat dan memang for sure tak dapat seat cantik sebab semua seat pun dah penuh.

orang lain kenyang dengan bahagia pergi kelas dengan minda yang tenang dang terurus.
saya?
sibuk ke kelas dengan buku di tangan, membaca apa yang perlu dalam bas, dalam kelas dan bila masa saya boleh.

orang lain beria berfikir assignment
saya?
beria fikir how to run the event smoothly

orang lain senang hati pergi ke kafe makan makanan seimbang yang disarankan oleh kementerian kesihatan
saya?
bergegas ke kedai beli roti dan nescafe kerana itu yang saya sarankan untuk saya bertahan-baik dari lapar dan mengantuk

orang lain senang lenang keluar dan lepak di hujung minggu,menikmati masa dengan insan tersayang
saya?
duduk dalam bilik menyelesaikan apa yang perlu saya selesaikan

orang lain punya rambut wangi.
saya?
wangi tapi saya nak lagi wangi.

orang lain seronok basuh baju
saya?
baju yang saya basuh hari tu kena hujan, sekarang pun tak basuh basuh lagi.belum tambah baju yang saya pakai.bila saya nak basuh baju.?

orang lain menghadapi stress dengan biasa biasa saja, cukup sekadar berkongsi, maka selesai.
saya?
sakit dada dan kepala, status masih lagi ragu ragu nak bagitahu doktor.running order..bukan.running nose pelemah semangat yang nyata berkesan.

orang lain senyum senyuman bila dapat berita penuh kasih sayang dari kekasih.
saya?
kekasih? saya ada, tapi tertinggal di sana. tiada masa.maaf.

orang lain bergelumang dengan bantal kesayangan dan selimut busuk
saya?
berasamara dengan kertas kertas yang bersepah.

orang lain lena diulit mimpi basah..
saya?
berusaha paksa diri menghadap skrin laptop.bukan untuk menonton yang tak sepatutnya, tapi menyiapkan kerja tanpa gaji

orang lain sudah mula bangun subuh.
saya?
baru nak lena..

saya memang terpaksa mengaku, ini satu tanggungjawab besar dan saya bukanlah orang yang anda cari. ada sebab nya kenapa saya tidak tampil ke hadapan, menawarkan diri selama ni. tapi, apa kan daya, untuk back off bukan lah masa nya sekarang. kalau itu yang saya buat ertinya saya telah kecewakan team saya sendiri.
yang saya mampu sekarang? berusaha sehabis boleh,
jika saya menangis itu bermakna setakat itu sahaja yang saya mampu.
cukup.
jangan ditekan tekan, kerana formula kita tak sama.
jangan dikata itu perkara biasa sebab definitely not, tidak,bukan untuk saya.
jangan dikata ini semua worth it demi pengalaman.
jangan dikata ini semua sementara
saya tak menangis kerana tak boleh buat, cuma a little scream.
tapi kalau menangis itu yang anda lihat.ketahuilah.anda sedang menolak boundaries yang saya ada.


sekarang, saya berterima kasih .pada yang support, membantu, memahami..
farah,k.aida, k.mimi,team protokol,kawan rapat.
ajk pelaksana.
terima kasih.


sekarang, ayuhlah bayar yuran tiket MMMR.


oopsie: minggu penuh emotional roller coaster. kesihatan tak menentu.demam pun tak sedar dan dimarahi doktor.lagi 4 hari. dan lepas tu, tolong lah biarkan saya berpaling.

13 comments:

Oda Willy said...

ingatkan akak dulu nk update...hihihi

dan...sy sgt fhm perkara itu...& thanks bt kamu sume..akak sentiasa ade bersama.susah dan senang.insyallah.moga sumenya lancar.sama2 kite berdoa kepada-Nya.

A d'Z said...

berehat seketika dgn kitkat! pstu bl sume dh settle, join blk. it's truly worth for d future, friend.

i'll prove it tomorrow (16/01/09). Deloitte Consulting Sdn Bhd, Damansara Uptown 1.

p/s : wish me luck, my friend... good luck for u!

ZAHRA said...

urmm..
sgt fhm situasi ini
sbb penah jd as a head of protocol
tuk grand dinner kolej..

perh,bkn tuk nunjuk2 jwtn
tp peritnya nak atur masa
handle fizikal n mental
sebijik duabijik gakla cam dinie

sampai hal2 personal pun tergugat..
huahua

ape pun, keep smiling k..
always put ur trust on HIM..

Mirae said...

babe,
be strong ok. but sometime, ada bnda yg you have to dahulukan yourslf 1st.

all the best!
:)

Jalilah Jali said...

gile r sesibuk e2 kah kamu?
dassat..ermm my PA(my lec) ckp xyah pening2kan sgt ngn xtiviti k0lej.juz inv0lve in 0ne 0r tw0 xtivity dah cukp.

sayangi diri anda n insan2 disekeliling anda 0ke!

all da besh.

intaq said...

ye..btol2..sy skong kte2 jaa..
but it's gain experience in organizing an event..
but don't let until ur body shaky2 oke! cayokk dean!!

dvilla said...

hmmmmmmm...entry semacm sensitif...b wat u wanna b..not wat others wan..(pesanan ini boleh dbc lam nada srius)..hmmm..

raazak.mohd said...

saya juga mempunyai perasaan yang sama seperti anda suatu ketika dahulu....tapi anda sangat bertuah sebab xde exam.time kitorang time exam week..lagi parah..

dun worry dinie alias.i noe u can do it...sume yang menjadi protokol pasti mempunyai perasaan yang sama.,,

kamu akan dapat sesuatu yg bernilai..apabila kamu keluar nanti..trust me:)

Peisha said...

Always there for you...

lecka said...

aja2 fighting!!!!!!
ol da besh my dear frend....
i know u can do it....
same2 lah kite jayakan majlis ini....
after this event....same2 kite njoy.....okay..... =)

yann sulaiman said...

aku ade pnyelesaian utk kamu...
lari dr c2!!!!hehe
all the best..
i noe u can do wat others can't do..
others 2 mrujuk pad aku r..haha

na-bi-lah said...

dnie, i kwn ja..kt mane u beli tudung tu..cantik ;p

raihan said...

din...
npe la ley smpi jd cmtu...
kamu harus kuat..
chaiyok2....