04 February, 2010

tips pertama. *untuk rujukan diri sendiri di masa hadapan*

okeh,bapak bapak, ibu ibu..mari kita pelajari dan ingat balik apakah cara yang paling berkesan untuk bekerja dalam kumpulan, baik menjadi pengikut mahupun ketua. di sini ada beberapa tipsi bagaimana mahu bekerja dalam enviroment yang sihat disamping mengekalkan perasaan tanpa tekanan ataupun stress free condition.

pertama-

niat biar ikhlas bekerja walaupun bekerja anda itu tanpa gaji. niat yang ikhlas akan dipermudahkan segala urusan kelak. InsyaAllah.

kedua-

bekerja dengan aim*lupa perkataan dalam melayu* yang posistif. tidak paling tidak, biarlah pada akhirnya kita boleh mengaku dengan berani "aku sudah buat yang terbaik dow". ikhlas yang diniatkan tadi akan membantu otak kita berfikir dengan waras-maka timbullah target yang positif. ye lah.orang kata kalau buat apa apa yang kita suka mestilah kita nak yang terbaik hasil darinya..kan? so let say, kalau kena handle program ke hape, letak satu target, cuba capai. kalau tak tercapai, at least, macam tadi lah "aku dah buat yang terbaek dow"

ketiga-

bekerja dengan senyuman. amalan ini selalu orang tercicir di tengah jalan. biasalah, kalau bekerja dengan orang kita kan selalu berkonflik-dalaman mahupun luaran. tapi cuba atasi konflik dengan senyuman..ecece..kan ke manis tu.pedulikan orang kata kau gila ke hape, tapi kajian bulan dan bintang telah membuktikan kalau seseorang itu sedang berada dalam penekanan*stress* maka,dengan senyuman tekanan itu akan berkurang. kita guna contoh tadi. tengah nak run program tiba tiba ada orang datang membawa masalah yang mungkin akan menimbulkan kucar kacir dalam hidup anda, maka,senyumlah..ahai..cek mek molek*ahmad jais pulak* tiba tiba, yang stress pun akan kurang stress.*sebab rasa pelik kenapa senyum time ada masalah*

keempat-

biarlah dalam apa jua aktiviti atau program, kita rasa seronok melakukannya. ada masa kita akan dipaksa untuk buat sesuatu, tapi paling tidak cubalah untuk have fun dalam melaksanakannya. pengalaman peribadi- sangat tidak rela handle satu program tetapi banyak pengalaman yang dapat sebab sungguh fun walaupun stress. bila kita have fun,atau cuba untuk have fun, setidak tidaknya kita tidak menyesal. ye laa, menyesal tu kan tak bagus. Tuhan marah.


oke lah. tips berenti disini. sudah hilang point. sambung lagi nanti.

cliche kah entri ini?

opsie: saya berjaya buat satu blog private yang baru. hampas nyior-kamu bila lagi?

4 comments:

Mirae said...

invite la saya baca blog private baru awk tu. hehehe

Feng said...

i got one! its tumblr. hik3.



lets be secretive this time.
;)

Hampasnyior said...

aku rs berdebar r nk buat blog private.... heheheh

Maira Adreanna said...

invite la saye jgk ntk bc blog private hee