"Kata kawan,tapi tak ambil peduli.kawan bukan waktu gurau senda sahaja.kawan air mata lebih berharga.ada kalanya,yang diam itu paling terasa."
ada kawan yang akan sentiasa ada untuk kamu, baik waktu senang, baik waktu susah.
ada juga kawan yang waktu senangnya sahaja kamu dicari.selebihnya, kamu diketepikan
ada juga kawan yang hanya susah terari cari kamu, bila senang kamu bukan kepentingannya.
ada juga yang berkawan demi kepentingan peribadi.
ada juga yang berkawan kerana sebelum ini kita sudah berjanji
ada juga yang terpaksa berkawan.
ada yang berkawan kerana mahukan kelebihan yang kawan itu ada
ada yag berkawan pada waktu waktu tertentu.
kamu kawan yang mana?
selepas peristiwa yang melibatkan kawan rapat waktu diploma, saya lebih terbuka dalam berkawan. terima baik dan buruk seseorang dan bersikap terbuka dengan kritikan dan teguran.
saya mengangkat kamu sebagai kawan atas dasar kepercayaan. dan bila gugur air mata saya dihadapan kamu, fahamilah bahawa kamu bukan kawan yang selamba saya lupa jika sudah berpisah.apa yang saya tuturkan di percakapan saya adalah bukan rahsia melainkan saya berpesan, dan apa yang kamu tuturkan sekiranya tidak dipesan adalah perbualan yang saya sangat hargai.
tapi kamu kawan yang mana?
jika di saat saya paling memerlukan sokongan belakang kamu bergelak ketawa. senda kamu membuatkan saya terfikir dimana sensitiviti kamu sebagai kawan.bukan yang menangis saja punya masalah. kekadang yang bisu itu lebih menangis dalam hatinya.
maybe this is too sensitive for myself.
1:53 a.m
254
3 comments:
sumtimes.. they juz dun noe how does its hurt u though their intention is to make u happy..
& sumtimes.. they dunno how to be serious in a particular time.
sabar ye kak..
itu kepelbagaian ragam..
chill owkehh..
:)
jum kawan :)
emo indeed. i pray that you too can feel how it is to have an absolute right arm, such as me and my uni friends. maybe they are not always there for me when i am susah, but i genuinely know deep inside, they do love me as much as i love them.
be strong sister. the best is yet to come.
Post a Comment