
riwayat hidup assignments bakal berakhir minggu ni. baru tadi siapkan kemahiran berfikir.tinggal lagi satu pertanian. InsyaAllah malam ni nak buat. minggu depan dah final.ampuuun. takut kat final mengalahkan takut pada mak yang tengah marah sebab slalu lupa angkat kain. takut pada final kalah takut pada ayah bila ayah yang tengah marah sebab anak selalu cakap ayah makin boroi..takut pada final lebih seram daripada takut kat boyfriend yang garang *roar* bila cakap kat boyfriend saya nak cari laen. *what the fudge ???*
bukan tak biasa ambik final tapi kali ni final di ladang laen sikit. soklan berbentuk objektif yang mana mengakibatkan peningkatan risiko tertembak mati pucuk.eh ehh(--")
dah la takde minggu study, cramp habis neuron dalam kepala macam mana telan sume yang dah belajar satu sem. lagi pulak minggu terakhir kalendar akademik ni laaaa sume lecturer mintak assignments ,padahal sepatutnya time ni dah start dah era tidur dengan nota.. ni tak.still tido dengan laptop sebab asyik buat assignments. haih
kakak dah challenge dah...pointer ade boleh dapat 3.96 macam hanis zalikha tak.adeih...lagi bengkak neuron. ape pun sempena minggu final ni marilah kita sama-sama break up dengan boyfriend dan declare secret relationship dengan nota pulak. sori darling, kalau you ada soklan final call me k? or else, we're done..ececeh.berangan la nak cakap macam tu kat bf sendiri. oopsie: kakak kata kalau result ada bagus,ada lah habuannya.ingat tuuu...








