ya.seperti mana tajuk.. saya kembali selepas sabotaj berlaku ke atas internet di rumah saya akan bercerita secara lanjut.. apakah yang telah terjadi. sekarang saya mahu pergi lompat bintang. happy sebab dapat maen internet lagi. ho yeaah.
almost dua minggu lah jugak belog-ku-sayang kurang kaseh sayang. alaa..sekali sekala ambil cuti. bukannya takde cerita nak dikongsi tapi kalau lah laptop hamba canggih manggih-sebut saja terus ditaipkan, mesti tiap jam pun akan update. kali ni punya entry random je. hidup maseh diteruskan walaupun laptop tetap tak canggih. malam ni terasa nak upload gambar banyak banyak.orang cakap kalo dah rajin jangan kacau.biar je. dah memang dnie punya habit, gambar dalam camera tak delete selagi tak transfer. elok pulak yang ada dalam memory card tu gambar gambar from final paper onwards. skit sebanyak boleh la tengok apekah aktiviti pembuangan masa yang telah dijalankan.bukannya penting puun.heheh
gambar kasut busuk,cik jambu..hanya mampu berbakti satu sem.dah kopak macam mulut buaya kat depan.teringat kenangan kau dan aku, mula mula jalan bengkak kaki-ketat.lama lama si jambu mula mengembang. bagus.cik jambu memang tak pentingkan diri sendiri.demi tuannya,cik jambu rela berkembang.berjalan dengan cik jambu membuatkan kaki se-le-sa *sebut macam kosass*...tapi bila jalan atas tar,cik jambu selalu tersadung,maka terbentuklah mulut luas macam buaya kat depan. kepada cik jambu: sem depan akan ku ganti dengan yang baru-cik jambu junior.
sesi perbincangan apakah yang patut kita buat selepas tamat final exam. antara cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah: 1- berkareoke sama ada dalam bilik ataupun kotak merah*redbox*..saya cadangkan kotak lah kan sebab kesian nanti nyanyi dalam bilik ak sound-proof bilik tu, bukan ape,takut jiran sbelah bilik lupa habis apa yang dihafalnya. 2- maen game platypus dengan rumet. yang ni sangatlah syaa galakkan. boleh mengeratkan silaturrahim gitu. 3- kuar jejalan,ukur jalan, kira batu tepi jalan. selaku pelajar diladang, lokasi yang paling selamat ialah the lombong. situ banyak batu jalan nak kena kira. 4- tidur. aktiviti paling selamat nak dibuat.alasan-cover balik tidur yang mana tergadai di waktu final. dah lah.malas dah nak taip.fikir lah sendiri bhai.
fokus pada sunglass tu. everytime i look at it, it makes me wanna laugh.no matter who puts it on. baru tengok, blum pakai lagi.
ubat paling mujarab bila tensyen.
dalam melaksanakan misi selepas final.memecahkan gegendang telinga dan tekak.bersama insan tersayang. muka kakak snyum je, muka abe bob masam je. muka saya? disebalik kamera je. (--")
ni budak jahat. minggu exam tu la die sealu datang kacau. dah la datang kacau, bawak lari jauh jauh pulak. haih.
"you, if i not get good result, u not good too.take care." "awak, kalo saya tak dapat result bagus, awak pun tak bagus jugak.jaga jaga" heh.
tapi budak jahat pun baik jugak. jauh jauh datang dari melaka.semata mata nak kacau budak ladang.budak ladang pulak satu hal,suka buat hal.ape hal?
die ni baik sungguh. pernah satu malam, gadoo woo. bese la kan,kapel kapel gado.orang tua cakap pengerat kaseh sayang.eceh.memang erat la mak.gado dah kencang ni,*stakat mane la sangat kencangnya ..habis kuat pun tak balas msg* bila ditanya ayat standard nak pujuk "habis, nak suruh buat ape nak bagi senyum balik?" jeng jeng jeeng. dengan macho nye dnie jawab "datang serdang". dalam hati memang lah konfiden tak datang sebab dah pukul 10.30.mane la guard nak bagi masuk kalo datang time time macam tu. tambah lagi nak gerak dari melaka, sah sah sampai dah midnight. skali 12.30 dapat msg "**** dah kat bawah blok kolej"
who's the pokemon betulla budak-jahat-kadang-kadang-baik ni...
dah penat jalan buang masa, duit, minyak muka, minyak kereta pe bagai.. packing barang lah balik nok. haih.
oopsie: rindu nak men masak masak. tunggu la,dapur bakal berasap lepas kem nanti.muahaha*gelak jahat*
"fashion faux pas..but it's super comfy" claim the manequin
as i was waiting for deeb to arrive at the bus stop, i saw a guy with a laundrybag. excuse me, a handsome guy with a plastic laundry bag. seriously, bila tengok that dude, i thought of jude law. *drool* tapi sayang, bawak laundry bag palstic-penuh-baju-busuk. the way he walked was cool until he stop to check whether any of his clothes*ehem* dropped. terus tak jadi drool.
abang kacak oh abang kacak..kenapakah perlu kau berjalan dengan satu palstik bag baju busuk.
i guess, every good things has its own flaws as well and we cant expect all thing to be superbly perfect.
like abang-kacak-macam-jude-law, walaupun jalan bawak beg-baju-busuk, abang tetap menarik tertarik kau memang the boom. bawak plastik baju busuk bererti abang seorang yang menjaga kebersihan baju baju,*ehem*
point is, within imperfections..there lies sumptuos traits that'll make you forget about the flaws.
tapi,harap harap baju busuk abang bukan yang tiga tahun punya stock(--")
final dah tinggal lagi separuh, pastu boleh lah nak bersuka ria di kampung halaman. bak kata hampas, rindu nak bau pokok getah kat kampung sendiri walopun kat umah takde pokok getah..tsssk..
masuk minggu final macam macam masalah dalaman datang. konflik jiwa dah datang. terasa macam going through midlife crisis plak.. tapi buat relax je la kan..takkan kalo ada masalah nak tunjuk protes sambil bawak sepanduk pe bagai.
insyaAllah, semua akan selesai..cuma kena have faith. setiap yang terjadi baik yang elok mahupun buruk semuanya adalah dengan izin-Nya.
after final, tak lama lepas tu maybe akan pergi menabahkan diri join kem. high maintainance gitu.serba barang kena beli baru. possibilities ada dua, sama ada jarang/tak penah pegi camping sampai torchlight-wajib-bawa pun takde atau memang kem ni high-demand sebab kena bawak sleeping bag,sarung tangan berkebun pe bagai..tssssk. selipar jepun hamba yang telah berbakti sekian tahun tapi jalan kat air pun tak licin terpaksa ditinggalkan sementara waktu.
jadi usaha untuk berjoli sakan diwaktu cuti sedikit tergendala. tapi takpe..pelaburan di masa hadapan.
apakah point berbelog hari ni?
exactly.
takde point pun.
heheh.
dah..pegi baca buku.dah dah la tu blogwalking/hopping.
oopsie: birthday lagi 17 hari.tak boleh tungguuuu seprais dari encik.weeeeeeeee
it's getting me...hard. i don't feel as much stress when i'm dealing with people, but the pressure is so much more, immense when i'm dealing with myself...alone. exams are getting me,hard. i don't feel as much stress when handling projects, but i felt so much pressure when what i'm dealing with now has got to do with my family. and to screw it will disappoint many.
back during school days, you'd still have your parents holding your hands, guiding you if you're feeling nervous or cranky or numb.. but now is school days no more. got no one to hold your hands here. got to stand on our own.
called mie and ayah just now. shed tears. confessing that i'm nervous for my finals starting tomorrow. and all they can say is to pray hard, study hard and don't be nervous,adapt to my current life now. yeah. hard. felt okay when talked to mom, she would always push hard on her kids..just for the best but couldn't hold it when talking to ayah. normally he wouldn't care whether we're doing ok or not but just now, talking to him makes me feel the hope they're putting on me. scared i am..yes.
badly need someone to hold me hands...and this is the time when i feel boyfriend and best friends are in no comparison to my family. when trying is just not good enough.
*sigh*
oopsie: good luck everyone for the upcoming finals!
riwayat hidup assignments bakal berakhir minggu ni. baru tadi siapkan kemahiran berfikir.tinggal lagi satu pertanian. InsyaAllah malam ni nak buat. minggu depan dah final.ampuuun. takut kat final mengalahkan takut pada mak yang tengah marah sebab slalu lupa angkat kain. takut pada final kalah takut pada ayah bila ayah yang tengah marah sebab anak selalu cakap ayah makin boroi..takut pada final lebih seram daripada takut kat boyfriend yang garang *roar* bila cakap kat boyfriend saya nak cari laen. *what the fudge ???*
bukan tak biasa ambik final tapi kali ni final di ladang laen sikit. soklan berbentuk objektif yang mana mengakibatkan peningkatan risiko tertembak mati pucuk.eh ehh(--")
dah la takde minggu study, cramp habis neuron dalam kepala macam mana telan sume yang dah belajar satu sem. lagi pulak minggu terakhir kalendar akademik ni laaaa sume lecturer mintak assignments ,padahal sepatutnya time ni dah start dah era tidur dengan nota.. ni tak.still tido dengan laptop sebab asyik buat assignments. haih
kakak dah challenge dah...pointer ade boleh dapat 3.96 macam hanis zalikha tak.adeih...lagi bengkak neuron. ape pun sempena minggu final ni marilah kita sama-sama break up dengan boyfriend dan declare secret relationship dengan nota pulak. sori darling, kalau you ada soklan final call me k? or else, we're done..ececeh.berangan la nak cakap macam tu kat bf sendiri.
oopsie: kakak kata kalau result ada bagus,ada lah habuannya.ingat tuuu...
kepala celaru dengan benda yang penting dan yang tak penting.dah tahu tak penting kenapa nak difikirkan lagi.
ada kawan merapu ada kawan celaru aku merapu dan celaru
ada kawan suka saja ada kawan duka semata
letak status di facebook "people seems to be fake" ramai mengangguk tanda setuju rupanya dinie bukan sendirian cuma tak berani nak diluahkan
ada kawan cakap "kalau kita letakkan jarak,jarak itu akan jadi penyelamat" terlalu dekat-bahaya terlalu jauh- merana macam bawa kereta-terlalu dekat bila accident kita juga terkena kalau terlalu jauh kita juga yang sesat bawa kereta perlu dengan jarak yang selamat bak kat iklan tv "ingatlah orang yang tersayang" walaupun tak rapat, tapi sayangnya ada
yang diam bukan tanda benci bodohlah kalau ingat yang senyap semua dengki habis yang bisu..penuh hasad...gitu? yang kecoh bukan mesra bodoh juga kalau ingat yang kecoh itu sayang gila vavi habis yang mulut macam empty vessels tu kesayangan semua? gitu?
ayah pesan "kamu jangan angkat kawan kamu sebagai orang yang paling penting dalam hidup kamu"
"tapi ayah..kalau takde kawan, tak boleh buat assignments.."
"ayah lagi tahu la ngok"
tapi bila difikirkan betul kawan juga manusia ada agenda sendiri bukan boleh selalu sebulu kalau famili, cukur bulu pun DNA masih sama haih
"tapi ayah, assigments mana boleh buat dengan famili.." hehe
jauh bukan bererti putus dekat bukan bererti suka
oopsie: walaupun at times saya macam dork or weirdo, tapi saya sayang kawan saya.grouphug anyone?
dah berapa minggu awak kacau saya.saya tahu saya ni high demand, tapi awak still nak kat saya. tapi saya rasa saya tak nak pun kat awak. saya tak de pun menunjukkan simptom simptom yang saya suka kat awak, jauh sekali minat or cinta kat awak. tapi saya sungguh tak faham kenapa boleh awak nak kat saya.ape la yang saya ada.
saya budak kampung je.
kalau boleh, awak cari la orang lain oke.
en. stress.go find someone else.i'm just not made for you.
bai.
oopsie: dah lama tak post ape yang saya pakai...and yes, that is a pair of *almost* skinny pants.
me cuzzie-akil mifzal a.k.a calon kasanova 2020..kecik kecik da senyum gatal..haih
hari ni dah hari jumaat.seronok sebab bila datang je jumaat klas tinggal satu je, pukul 6 sampai 7.cool kan ? walopun masih ada kelas tapi mood dah macam weekend. saya suka weekend. kenapa saya suka weekend? sebab ia bessssstt..time weekend lah bilik saya paling comel.eh ehh..
kalau anda perasan lah kan..sekarang dalam blog mane mane mesti cakap tensyen sebab nak kena hantar assignments lah,presentation laa,projek laa...semua perasaan macam stress nak nak time bulan raya ni kan.dnie pun sama la.minggu lepas cuti raya sungguh la hectic sampaikan bilik pun tak terjaga, kebajikan semut semut dalam bilik jugak la yang untung. dalam bilik da la penuh ngan kueh dan pe bagai kerepek..memang seronok jadi semut dalam bilik saya...
ape pun...sedar tak sedar da tak lama nak final.da tak lama dah masa yang ada nak tengok nota..buku kenegaraan mesti lah yang paling dirindui pastu mesti miss gila lah nak buat peta minda falsafah .dalam masa sebulan macam tu lah dah stat exam final.time ni segala benda baik nak buat.solat hajat la,sembahyang sunat la.semua gara gara nak final. sampaikan nak guna toilet pun bersalah takut membebankan makcik cleaner.
for me,final memang menggugat minda,jiwa,raga,batin,zahir,*apsal sebut batin dulu niii* sebab time ni la penentu sama ada usaha yang kita buat selama ni ada berbaloi ka tarak.. time ni la penentu sama ada nanti cuti sebulan boleh hidup dengan aman ataupun dalam keadaan paranoid.time ni la yang menampakkan kau budak cool ke tak cool. time ni la buku semua nak kena duduk atas katil tido tengok buku,mandi tengok buku apatah lagi makan ...time ni la...*oke.sume dah get it.final penting.diam lah kau*
penting penting si abang final pun,janganlah kita tensen.sebab tensen tu bukan subjek pun..nanti keluar result takde pun score Tensyen paling Tinggi..kalau ada pun biarlah statusnya GB.*gagal berenti*jadi..luangkan masa anda seketika dan silalah senyum gatal macam akil .(--")